Proses penamaan calon Pilihan_raya_umum_Malaysia_2008

Tuduhan terhadap pengundi hantu dilaporkan berikutan masih terdapat banyak rekod pengundi yang dikatakan sah walaupun dilahirkan lebih 100 tahun lalu. Contoh dari laman web Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia ini memaparkan butiran seorang pengundi yang berumur 128 tahun pada tahun 2008 jika masih hidup.

Proses penamaan calon pada 24 Februari 2008 menjangkakan 1,500 calon mengemukakan pencalonan masing-masing di seluruh negara seawal pukul 9 pagi. 222 pusat penamaan calon yang dibuka oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menjadi tumpuan mereka dan para penyokong parti-parti politik mahupun calon bebas.

Pusat-pusat penamaan ditempatkan di pejabat daerah, dewan majlis perbandaran, dewan serba guna, sekolah, balai raya dan stadium akan dibuka dari pukul 9 hingga 10 pagi untuk menerima kertas pencalonan dan diikuti dengan tempoh bantahan selama sejam sebelum pegawai pengurus pilihan raya mengumumkan nama-nama calon sekiranya ada pertandingan.

Mengikut peraturan SPR, calon kerusi Parlimen disyaratkan membayar deposit RM10,000 semasa mengemukakan kertas pencalonan, manakala RM5,000 pula bagi kerusi DUN.

Selain syarat lama iaitu pencadang dan penyokong mesti daripada kalangan pengundi berdaftar di tempat yang hendak ditandingi, semua calon juga perlu mengemukakan borang Akuan Bersumpah serta duti setem yang dibayar atau mungkin menghadapi risiko kertas pencalonan mereka ditolak.[8]

Berkaitan

Rujukan

WikiPedia: Pilihan_raya_umum_Malaysia_2008 http://www.bernama.com/bernama/v3/bm/news.php?id=3... http://www.bernama.com/bernama/v3/bm/news.php?id=3... http://www.bernama.com/bernama/v3/bm/news.php?id=3... http://www.bernama.com/bernama/v3/bm/news_lite.php... http://www.bernama.com/election/read.php?id=313844 http://tehranifaisal.blogspot.com/2008/03/pemerhat... http://www.iht.com/articles/ap/2008/03/10/business... http://klpos.com/v2/index.php?option=com_content&t... http://malaysiakini.com/news/80957 http://www.reuters.com/article/reutersComService_2...